Once Tarik Diri Dari Dewa 19

ONCE MEKEL
SHAH ALAM: Vokalis kumpulan Dewa 19, Once atau nama sebenarnya Elfondra Mekel, disahkan telah mengundur diri daripada kumpulan itu secara rasminya sejak seminggu lalu menerusi surat perletakan jawatan yang diberikan kepada setiap ahli-ahlinya.

Berita eksklusif yang diterima oleh media Malaysia itu disahkan sendiri oleh salah seorang ahlinya sendiri iaitu Ahmad Dhani yang hadir ke Malaysia untuk mengadakan persembahan bersama T.R.I.A.D pada Konsert Ria 2010 yang diadakan di I-City, Shah Alam, Ahad.

Menurut Dhani, dalam kandungan surat perletakan jawatan tersebut, Once memberi alasan bahawa dia agak ‘jenuh’ dengan kumpulan tersebut dan ingin fokus dengan projek solonya selepas ini.

“Sebenarnya sudah lapan bulan kami tidak bercakap dan kali terakhir kami membuat persembahan bersama ialah pada Ogos lalu.
Surat Pengunduran Diri Once Mekel
“Sepanjang lapan bulan itu, kami sekadar bekerja secara profesional dimana bila di belakang pentas, kami duduk berasingan, tetapi bila di atas pentas, kami membuat persembahan bersama.

“Kami harap dia berjaya di masa akan datang nanti. Lagipun, album solonya sebelum ini sukses.

“Apapun, kami percaya pasti ada peminat yang kecewa dengan hal ini. Buat masa ini juga kami belum ada calon-calon yang sesuai untuk menggantikan Once.

“Bukan senang untuk kita mendapatkan pengganti baru. Yang pasti, kami akan cari yang muda menerusi pencarian bakat baru yang akan dibuat melalui program realiti TV di Indonesia. Kemungkinan besar juga kami akan mendapatkan kerjasama daripada pihak stesen televisyen Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, tambah Dhani, dia tidak kisah dengan keluar masuk ahli dalam kumpulan itu kerana menganggap Dewa 19 sebagai tempat untuk ahli-ahlinya berhibur dan tidak dijadikan sebagai pendapatan tetap memandangkan masing-masing mempunyai projek tersendiri termasuklah Dhani yang juga mempunyai band sendiri iaitu T.R.I.A.D (The Rock Indonesia Ahmad Dhani).

Sementara itu, bertanyakan pula tentang gosip yang membabitkan kekasihnya, Mulan Jameela yang dikatakan mengandung itu, Dhani enggan memberi komen dengan memberi jawapan bersahaja: “Saya tak mahu komen. Mulan sedang berada di Jakarta.”

Pada malam Konsert Ria itu, Dhani membuat persembahan bersama anak-anaknya, kumpulan The Lucky Laki menerusi lagu Munajat cinta. Manakala persembahan bersama T.R.I.A.D pula Dhani membawakan lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi, Madu Tiga, Pangeran Cinta, Sedang Ingin Bercinta, Aku Cinta Kau dan Selir Hati.

Sumber: http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=%2F2010%2F12%2F20%2Fmstar_hiburan%2F20101220113738&sec=mstar_hiburan

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Ubah )

Connecting to %s

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.